TESTIMONI


 
GAMAT KING ANUGERAH

Ibu Mengandung Rasa Loya... Kini Kembali Bertenaga dengan Gamat…

“Ini merupakan pertama kali saya mengandung. Masalah saya ketika ini ialah rasa loya, mual yang agak teruk, sering sakit kepala dan badan sentiasa terasa lesu. Selain itu, saya turut hilang selera makan dan risau sekiranya ia mengganggu pertumbuhan bayi di dalam kandungan saya ini. Baru-baru ini saya terbaca iklan tentang produk Anugerah ini yang didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan. Hati saya tergerak untuk mencuba minuman kesihatan Gamat King kerana ianya baik untuk ibu-ibu mengandung. Setelah seminggu mencuba Gamat King ini saya terasa perubahan yang agak ketara. Mual dan muntah semakin berkurangan dan yang paling penting saya tidak lagi terasa letih dan lesu. Saya sudah mampu bergerak lincah seperti biasa dan kembali menguruskan hal rumahtangga. Alhamdulillah, saya akan terus menggunakan Gamat King ini. Saya juga berdoa agar anak di dalam kandungan saya ini membesar dengan mukjizat Al-Quran. InsyaAllah dan terima kasih kepada Anugerah.”
Azrina Mohd Salim, 31 tahun, Ipoh, Perak.

Tangan seakan lumpuh, kini boleh bergerak...

Saya terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri pada dua tahun lepas. Semenjak itu, tangan kanan saya dari paras bahu hingga ke jari-jemari tidak dapat digerakkan. Bila hujan pula, seluruh tangan saya terasa ngilu dan bisa. Saya cuba dapatkan rawatan Islam dan menurut ustaz, saya telah 'disampuk' benda halus ketika pergi mengurut di kawasan kampung. Tetapi saya dan suami kurang percaya kepada benda-benda mengarut sebegini jadi saya hanya amalkan ubat dari doktor serta melakukan fisioterapi sekali seminggu.

Oleh kerana tak tahan lagi menanggung sakit dan ngilu, saya meminta bantuan rakan untuk mencari produk tradisional. Rakan pengedar saya mengesyorkan agar mencuba Gamat King kerana anak saudaranya turut menggunakan minyak kesihatan ini untuk membantu menyembuhkan luka selepas kemalangan. Saya berasa yakin untuk mencuba Gamat King ini kerana ianya ditenagakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doapenawar. MasyaAllah, saya berasa terkejut apabila merasakan perubahan yang amat baik setelah sebulan mengamalkan Gamat King ini.

Kini, saya sudah dapat menggenggam jari-jemari dan mampu memegang objek. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya saya dengan perubahan ini. Bukan setakat itu sahaja, saya dapat rasakan badan lebih bertenaga dan tidak lagi lesu seperti dulu. Malah kulit juga menjadi semakin halus dan licin. Saya ingin mengesyorkan kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan untuk mencuba Gamat King kerana ia memang mujarab.Tanpa Gamat King Anugerah, mungkin tangan saya tidak dapat di gerakkan seumur hidup!
Puan Rahima Mohd, 40 tahun, Sik,Kedah


MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH

 Akibat penangan ilmu hitam, kaki sakit bagaikan hancur.... 2 duri nibong terkeluar dari tapak kaki setelah berminggu menanggung derita




Sudah beberapa minggu saya jatuh sakit. Pada mulanya saya sangkakan masalah ini disebabkan kencing manis saya. Tetapi apabila diperiksa doktor, didapati paras gula saya cuma tinggi sedikit sahaja dan pastinya bukannya punca masalah kesihatan saya. Semenjak saya jatuh sakit, badan saya terasa sangat lemah, sentiasa demam, sentiasa rasa berdebar-debar dan yang paling teruk kaki saya sangat sakit. Ianya bertambah teruk sebelah malam, terasa bagaikan hancur kaki saya. Setelah tidak dapat dikesan oleh doktor saya mula merasakan bahawa ini mungkin bukan sakit biasa.
Beberapa kali saya cuba pergi berjumpa ustaz tetapi banyak sangat halangan. Cari rumah tak jumpa, kereta tiba-tiba rosak, kaki terasa berat melangkah dan bermacam-macam lagi. Minggu lepas sakit kaki saya bertambah teruk sehingga saya mengerang dan meracau semasa tidur. Suami dan anak-anak sangat risau melihat keadaan saya.
Pada masa itulah, anak perempuan saya teringatkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia yang dia guna untuk mengatasi masalah senguggutnya. Anak saya menyapu minyak Anugerah pada seluruh kaki. Semasa ingin menutup semula lampu untuk sambung tidur dia terpandang benda hitam tercucuk di tapak kaki saya. Langsung dia mengejutkan suami saya. Masya Allah, bayangkan mereka mendapati duri nibong tercucuk di kaki saya. Bayangkan betapa terkejut kami sekeluarga. Kalau difikirkan dengan akal biasa memang tidak munabasah. Mana datangnya duri sepanjang jari telunjuk ini. Tetapi saya mula menerima hakikat memang saya terkena ilmu hitam dan inilah permainan cara halus mereka yang ingin melihat orang lain menderita.
Pada malam kemudiannya, anak saya menyapukan lagi minyak ini dan sekali lagi terkeluar duri nibong yang kedua. Kali ini ia terlekat pada isi sebelah ibu jari kaki. Sejak seminggu dua ini kesihatan saya bertambah pulih. Saya pun mula meminum Air Anugerah kerana ianya turut didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran.
Alhamdulillah, sakit kaki pun telah banyak hilang. Badan pun terasa lebih ringan, tidak sakit-sakit lagi dan rasa berdebar pun tiada. Memang saya risaukan tentang apa yang terjadi namun saya sangat bersyukur kerana kesihatan saya semakin pulih. Sejak itu juga saya mula mengamalkan ayat-ayat Quran yang melindung saya dan keluarga dari ilmu hitam. Saya berkongsi cerita ini kerana inginkan ia menjadi iktibar sekiranya ada sesiapa yang menanggung nasib yang sama agar mereka terus berusaha dan berpegang dengan Al-Quran kerana ianya memang menjadi penawar.
Pn Habsah Karim, Ipoh, Perak 





Tukang urut hilangkan badi sihir dengan Minyak Sejuta Rahsia
Sudah hampir 30 tahun Pakcik melakukan kerja-kerja mengurut dan telah mencuba pelbagai jenis minyak urut tradisional di pasaran. Allah telah memberi tenaga kepada Pakcik untuk menolong ramai orang, dari sakit selepas kemalangan, terkena buatan orang, masalah batin lelaki dan macam-macam lagi. Kadangkala selepas mengurut, Pakcik dapat rasakan macam terkena tempias atau badi dari sesetengah pelanggan yang mempunyai sakit yang berpunca dari sihir. Seluruh anggota badan Pakcik akan terasa lemah dan bisa-bisa serta tidak dapat mengurut untuk beberapa minggu. Sehinggalah, isteri Pakcik terbaca paparan mengenai Minyak Anugerah Sejuta Rahsia di suratkhabar dan terus dapatkan minyak ini.
Masya Allah, sejak menggunakan minyak ini Pakcik berasa terkejut merasakan perubahannya. Pakcik hanya guna minyak ini satu malam sahaja, dan pada keesokkan harinya, badan Pakcik terasa lebih segar serta bertenaga. Bisa-bisa akibat badi urut pun terus hilang. Sejak itu, Pakcik turut menggunakan minyak ini untuk mengurut para pelanggan yang lain. Alhamdulillah, setakat ini sudah lebih 10 botol Minyak Anugerah Sejuta Rahsia yang telah Pakcik gunakan. Ramai pelanggan yang beritahu kesihatan mereka semakin pulih selepas berurut menggunakan minyak ini. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Pakcik masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki dan mampu meringankan beban sakit para pelanggan Pakcik.
En Johari Bin Manap, 60 tahun, Seremban


Alhamdulillah, suami makcik boleh berjalan semula...
"Sebagai tukang urut, Makcik sentiasa mencari minyak urut yang berkesan untuk para pelanggan Makcik. Sebelum ni, Makcik mengurut wanita-wanita yang baru bersalin, senggugut, sakit peranakan dan sakit dalaman wanita. Baru-baru ini, ada seorang pelanggan Makcik membawa Minyak Anugerah Sejuta Rahsia dan menyuruh Makcik mengurut perutnya dengan menggunakan minyak ini. Katanya, minyak ini memang mujarab dan didoakan dengan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah, pelanggan ini yang selalu sakit perut dan bisa-bisa pada kakinya beransur pulih. Sejak itu, Makcik pun mula mengamalkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini untuk mengurut para pelanggan lain. Ramai yang beritahu segala sakit lenguh, ngilu, bisa-bisa mereka semakin baik.
Sejak mengamalkan Minyak Sejuta Rahsia ini, Makcik turut mengurut kedua-dua belah kaki suami Makcik yang telah lumpuh sejak setahun lalu. Masya Allah, hanya Allah yang tahu betapa syukur dan gembiranya Makcik dengan perubahan suami Makcik. Sebelum ini, beliau tidak dapat gerakkan separuh badan. Selepas dua bulan Makcik mengurut kaki dan tangan kanannya sekarang suami Makcik sudah boleh berjalan sendiri dengan menggunakan bantuan tongkat. Syukur sangat-sangat, dengan izin Allah dan segala doa Makcik selama ini termakbul untuk melihat suami Makcik berjalan semula selepas Makcik guna Minyak Anugerah ini.
Asemah Binti Abdullah, 66 tahun, Melaka


Kini adik boleh tidur lena, dah tak sakit perut lagi...
Dulu adik memang susah nak tidur malam kerana perut adik selalu sakit macam ditumbuk-tumbuk dan memulas. Kalau tidur pun sekejap sekejap je. Perut adik selalu rasa sakit, macam kena tumbuk dan berdenyut-denyut. Tengah-tengah tidur mesti adik terjaga. Tiap-tiap malam adik kena bangun dan sapu minyak panas kat perut ni, tapi tak hilang-hilang juga.
Mak bawak pergi jumpa doktor dan doktor cakap adik ada gastrik. Doktor kasi 'pain killer', suruh ambil bila rasa sakit menyerang. Bila makan ubat tu, rasa sakit pun hilang tetapi sekejap sahaja. Kadang-kadang bila adik tengah 'study', perut adik rasa memulas-mulas. Baru-baru ini mak adik ada baca pasal Minyak Anugerah Sejuta Rahsia di suratkhabar, dia terus beli minyak ini. Dua malam adik pakai minyak ni, sakit perut tu terus hilang. Adik pakai minyak ni sebelum tidur dan bila bangun pagi, badan adik rasa segar dan ringan. Alhamdulillah, sekarang saya tak payah lagi kacau mak tengah-tengah malam untuk sapukan ubat. Terima kasih Minyak Anugerah!
Nur Adilah Bt Kamal Azman, 14 tahun, Johor Bahru, Johor.


Berjalan Semula Selepas Guna Minyak Anugerah Sejuta Rahsia

Tahun lalu saya terlibat dalam satu kemalangan yang sangat teruk sehingga sebelah kaki saya patah. Tiga bulan selepas pembedahan, saya masih tidak mampu berjalan dan hanya selepas dua bulan berikutnya saya perlu bergantung kepada tongkat pula. Setiap kali hujan dan waktu malam, kaki saya terasa bisa-bisa dan semua sendi sangat sakit.

Sejak saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini, Alhamdulillah sakit dan bisa yang saya tanggung selama ini hilang. Setelah dua minggu menggunakan minyak ini saya tidak lagi perlu menggunakan tongkat untuk berjalan. Kini saya faham mengapa ramai yang sering berkongsi pengalaman mereka dengan surat khabar tentang Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini.

Kini saya ingin berkongsi kegembiraan saya dan berharap agar mereka yang lain turut mendapat manfaat dalam mencari penawar kepada sebarang kesakitan yang ditanggung. Saya berasa gembira dan kesyukuran apabila saya dapat berjalan semula. Kini kaki saya bertambah sihat dan kuat. Malah yang lebih penting saya mampu mengerjakan solat seperti dulu. Syukur kepada Allah

Datin Fatimah Wati Hassan, 56 tahun, Seremban 2, 
019-6903444

Asma sejak kecil hilang dalam dua bulan

Saya mempunyai masalah asma sejak kecil lagi dan ianya berterusan sehingga kini. Hampir setiap bulan, saya terpaksa bergantung kepada inhaler dan ubat-ubatan lain yang di berikan oleh doktor. Bukan itu saja, ubat tradisional pun telah banyak saya makan tapi semua tak jalan. Alhamdulillah, sejak saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia sejak dua bulan lalu, penyakit asma saya semakin pulih. Saya sapu minyak ini setiap pagi dan malam.

Kalau dulu saya bawa inhaler ke mana-mana, kini saya tidak lagi bergantung nyawa dengannya. Saya dapati Minyak Anugerah ini mengandungi doa-doa penyembuh semput dan asma sebab itulah saya menggunakanya. Ternyata saya berjaya menikmati mukjizat Al-Quran. Syukur kepada Allah dan terima kasih Minyak Anugerah Sejuta Rahsia.

Secara jujur saya mengesyorkan kepada mereka yang mengalami masalah asma kronik seperti saya. Terima kasih.

Nurul Hana, 23 tahun, Kuala Lumpur.

3 tahun tanggung sengal tulang, kini hilang...

Sejak 3 tahun lalu, saya mengalami sengal-sengal tulang sehingga tak mampu untuk menjalani aktiviti harian. Paling sakit sekali ketika nak solat, nak tunduk pun saya tak mampu. Saya sering berulang alik ke hospital untuk mendapatkan ubat penahan sakit. Setiap kali saya bawa dan angkat barang-barang berat, pasti rasa sakit yang teramat sangat pada kedua-dua belah kaki dan pinggang saya. Nak dukung anak yang berumur setahun pun saya tak larat, walaupun hanya untuk 10 minit. Pada sebelah malam pula, sakitnya begitu menyucuk-yucuk, memang tak lena tidur.

Sehinggalah pada 3 minggu yang lepas, salah seorang kakitangan di hospital mengesyorkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia kepada saya. Pada mulanya, saya rasa macam tiada apa-apa lagi yang dapat mengubati sakit sengal tulang ini, tetapi kerana minyak ini mempunyai kombinasi surah-surah al-Quran, saya terus mencubanya. Pada hari pertama saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini, saya dapati keduadua kaki saya terasa panas dan kesannya sehingga terasa kebas-kebas.

Selepas mengamalkan minyak ini setiap hari dan setelah 2 minggu sahaja, saya dapati perubahan yang amat ketara pada kedua-dua belah kaki saya. MasyaAllah, saya sendiri rasa macam tak percaya, sakit sengalsengal tulang saya mula berkurangan dan saya sudah boleh menunaikan solat dengan sempurna. Alhamdulillah, sekarang sengal-sengal tulang pada kedua-dua belah kaki saya beransur sembuh dan saya dapat menjalani rutin harian saya seperti biasa.

Kini, saya tidak lagi bergantung kepada pil penahan sakit dan ubat-ubatan lain. Apa yang pasti, saya akan terus amalkan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia, InsyaAllah berkesan untuk badan saya.

Halilah Binti Hashim, 47 tahun, Cheras. 012-9047066




MINYAK KASTURI ANUGERAH



Ilmu hitam jadi pengukur siapa kawan siapa lawan…
Saya memulakan peniagaan bersama seorang rakan saya dan hubungan kami baik sehinggalah berlakunya satu perselisihan faham antara kami yang menyebabkan saya menderita. Kira-kira 3 minggu selepas insiden tersebut, seluruh badan saya akan terasa seram sejuk dan bisa-bisa ‘menangkap’ seluruh badan setiap kali menjelang Maghrib. Yang paling merimaskan saya apabila timbul pulagelembung-gelembung air bisa di seluruh badan saya, saya tengok sendiri pun dah jijik, inikan pula orang lain. Saya terpaksa memakai baju lengan panjang setiap kali keluar rumah kerana malu kalau ada orang luar nampak. Gelembung-gelembung ini sungguh berbisa dan pedih, dan paling memeritkan apabila terkena air mandi dan ketika hendak tidur. Bila pergi berjumpa doktor, beliau mengesahkan saya hanya mengalami demam biasa dan gelembung air pada seluruh badan saya hanyalah jangkitan kulit. Tetapi kalau betul ianya demam biasa dan jangkitan kulit, takkan berlarutan sehingga sebulan lebih lamanya. Kerana melihatkan keadaan diri saya yang tidak pulih, rakan serumah saya mengesyorkan agar saya mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Tambahan pula, jiran saya ada menegur wajah saya yang katanya kelihatan pucat seperti orang sakit dan apabila saya menceritakan tentang segala sakit dan demam yang saya alami selama ini, beliau terus memperkenalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah untuk menyingkirkan sihir. Katanya, air dan minyak ini telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran, cubalah mana tahu dapat membantu masalah saya ini.

Pada masa yang sama juga, saya turut mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat saya, rupa-rupanya ada seseorang telah mengenakan sihir ke atas saya agar saya tak dapat bekerja dan sukar menjalani kehidupan harian. Tambah Ustaz juga, orang yang menghantar sihir itu adalah seseorang yang baru mempunyai sedikit selisih faham dengan saya dan berniat untuk menghancurkan perniagaan saya. MasyaAllah, tak pernah saya menyangka, kerana benda yang kecil, sanggup ‘rakan saya’ itu menghantar sihir kepada saya.

Kali pertama saya minum Air Anugerah ini, saya terus pening kepala. Saya juga menyapu Minyak Kasturi Anugerah pada gelembung-gelembung air di seluruh badan saya. MasyaAllah, kira-kira dua bulan selepas mengamalkan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya dapati perubahan yang menakjubkan sekali. Hilang terus demam, pening kepala dan sebagainya. Segalagelembung-gelembung air bisa juga mulai kering dan beransur pulih. Dengan izin Allah SWT, segalanya telah kembali seperti biasa dan saya dapat menunaikan solat dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah juga kerana telah diketemukan dengan Air Anugerah dan Minyak Kasturi Anugerah ini.

Ahmad Zariff, 27 tahun, Parit Buntar, Perak, 014-74596500


Anak Perempuan Dulunya Liar dan Merempit Kini Baik Semula

Saya menulis cerita ini dengan rasa sedih campur gembira. Sedih kerana melihat anak perempuan saya matang sebelum umurnya dan gembira, kerana saya berjaya menangani masalah sosial anak saya ini. Saya ibu tunggal dan masalah saya bermula apabila anak perempuan saya memasuki tingkat 4 tahun lepas, dia mula berubah. Sejak itu anak saya mula melawan cakap saya, balik sekolah lambat, asyik bergayut telefon dan pernah keluar tengah malam tanpa pengetahuan saya. Apa yang paling saya terkejut apabila jiran saya terjumpa beliau di kompleks beli belah bersama sekumpulan lelaki dan berkelakuan tidak senonoh. Saya sungguh malu dan terkilan apabila diri terasa saya gagal mengawal anak saya. Paling merisaukan apabila dia mula bergaul dengan budak-budak muda lepasan sekolah dan merempit. Saya faham dia semakin membesar tetapi punah hati saya melihat dia semakin liar. Dulu PMR dapat keputasan sangat baik, solat tak pernah tinggal, didik agama saya beri sempurna, makan pakai semua saya saya dengan elok. Kini tindak tanduk dia ke arah menjadi liar dan susah dikawal. Pernah sekali pakciknya hampir menempeleng dia kerana menjawab dan meninggikan suara terhadap saya.

Saya mengadu kepada jiran saya kerana saya sangat sedih melihat kelakuan anak saya sekarang. Jiran saya yang sudah lama menggunakan Air Anugerah untuk keluarganya menyarankan saya mencuba Minyak Anugerah untuk penerang hati dan anak degil. Pada mula saya suruh anak saya pakai, macam-macam alasan yang dia berikan. Jadi saya ambil keputusan menitikkan minyak ini di dalam kolah air mandi. Ketika seterika baju sekolah, saya calitkan sedikit pada tudungnya. Semasa dia tidur saya calitkan juga sedikit di ubun-ubunnya. Siang malam saya berdoa kepada Allah.

Alhamdulillah selepas seminggu lebih saya mula melihat kelainan dalam diri anak saya. Dia lebih banyak duduk di rumah, dia nampak lebih tenang dan yang paling saya gembira dia tidak lagi melawan cakap saya. Kini dia kembali bersolat semula. Malah sekarang dia sendiri yang menggunakan minyak ini sebelum ke sekolah tanpa disuruh. Saya memang percaya terdapat ayat-ayat Quran untuk lembutkan hati anak tetapi saya tidak pasti yang mana satu ayat harus saya jadikan amalan. Walau bagaimanapun saya menadah tangan syukur kepada Allah kerana mengembalikan anak saya seperti dulu dan terima kasih sangat kepada Minyak Anugerah ini.

Khatijah Abu Seman, 45 tahun, Bukit Mertajam, Penang.


Pendarahan berhenti dan suami kembali sayang…

“Baru setahun saya mendirikan rumahtangga dan masih belum mempunyai zuriat. Tetapi walaupun hanya masa yang singkat ini telah timbul konflik di dalam hubungan kelamin kami. Ianya bermula apabila saya terasa perit di bahagian abdomen dan berlaku pendarahan seperti haid setiap kali kami bersama. Keadaan ini membuatkan suami saya ‘fed-up’ dan hubungan kami ternyata terganggu. Sebagai isteri saya sangat risau sekiranya perkara ini membuatkan rumahtangga kami goyang.

Saya berkongsi masalah saya ini dengan rakan sepejabat dengan harapan mereka dapat membantu. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan saya, rupa-rupanya salah seorang rakan sepejabat pernah mengalami masalah yang sama. Beliau mengamalkan penggunaan Minyak Anugerah untuk keharmonian rumahtangganya. Setelah dia menggunakan minyak ini masalah pendarahannya hilang secara tiba-tiba. Mengikuti nasihat beliau saya pun turut mencuba Minyak Anugerah ini.

Setiap hari saya sapu sedikit minyak ini di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil membaca Al-Fatihah dan selawat sebanyak tiga kali. Selepas 3 minggu mengamalkan minyak ini, saya dapati ada perubahan yang agak ketara. Pendarahan saya terhenti dan ianya bagaikan penyelamat rumahtangga kami. Suami saya menjadi lebih penyayang dan bila bersama suami. Syukur, Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar dugaan ini dapat saya atasi dan sentiasa berusaha demi suami tercinta dan juga terima kasih kerana rakan saya memperkenalkan Minyak Anugerah ini!”

Pn Aqilah Diyana, 33 tahun, Semenyih.

Dulu saya disepak terajang, kini saya ditatang bagai minyak yang penuh...


"Suami saya merupakan seorang mualaf dan memeluk agama Islam sebelum kami berkahwin, 10 tahun yang lepas. Dulu kehidupan beliau agak sosial dan saya bertekad untuk mengubah dan membimbing beliau mengikut ajaran Islam. Selama ini kami sangat bahagia. Beliau merupakan suami yang penyayang, sentiasa mengambil berat tentang keluarga dan kami dikurniakan dengan dua orang cahayamata.

Rumahtangga kami mula bergolak kira-kira setahun lalu apabila beliau bergaul semula dengan rakan-rakan zaman mudanya. Dia kembali hidup bersosial dan lebih menyedihkan apabila beliau bertukar menjadi panas baran sehingga sanggup memukul saya. Saya seolah-olah dijadikan bola, disepak terajangnya tanpa belas kasihan. Anak-anak pun beliau tidak hiraukan. Habis kerja dia terus ke 'pub', katanya untuk berehat bersama kawan-kawannya. Banyak duit dia habiskan di luar hampir setiap malam. Bila kehabisan duit, dia akan memaksa saya memberikan duit saya kepadanya. Kalau saya gagal berikan duit, memang habis saya dikerjakan. Banyak barang kemas saya turut digadainya. Saya redha dengan ketentuan Tuhan, tapi saya terkilan kerana beliau kembali dengan perangai lamanya.

Memang saya malu untuk menceritakan masalah saya dengan orang lain, terutamanya pada ibu bapa saya kerana saya tak mahu mereka risau. Tapi saya tak mampu nak tanggung ini semua sendirian, jadi saya terpaksa meluahkan perasaan ini dengan rakan saya. Subhanallah, betul kata orang, kalau kita rasa kita ada masalah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang bermasalah lebih daripada kita. Rupa-rupanya, rakan saya ini pun ada masalah rumahtangga sebelum ini, sehinggakan suami beliau mahu bercerai dan berkahwin dengan wanita yang lebih muda. Namun beliau dapat menyelamatkan rumahtangganya apabila mengetahui tentang Minyak Kasturi Anugerah untuk Keharmonian Rumahtangga. Dengan izin Tuhan, suaminya kembali ke pangkuan keluarga dan tidak lagi menjalinkan hubungan sulit. Apabila mengetahui tentang masalah yang saya hadapi, rakan saya terus memberikan saya Minyak Kasturi Anugerah ini, di samping menasihati saya supaya banyak berdoa kepada Allah.

Kerana inginkan suami saya yang ‘dulu’ dan rumahtangga kami kembali jernih, saya tak putus-putus menggunakan Minyak Kasturi Anugerah ini. Saya campurkan di dalam air kolah mandian, saya calit pada suami ketika dia tidur, saya calit pada bajunya dan saya turut menggunakannya sendiri. Saya lihat Minyak Anugerah ini turut mengandungi selawat Tafrijiyah yang baik untuk menimbulkan rasa kasih sayang. Jadi saya turut mengamalkan selawat ini setiap kali lepas solat. Selang 2 minggu menggunakan minyak ini, saya mula nampak perubahan sikap suami. Beliau sudah mula meluangkan masa dengan anak-anak terutama di sebelah malam dan percakapan beliau juga kembali lembut. Suami saya juga sudah tidak lagi keluar bersosial bersama kawan-kawannya. Apa yang membuatkan saya sungguh terharu bila beliau meminta maaf kepada saya atas perlakuannya selama ini. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat tersentuh. Syukur terhadap Allah, dengan izin-Nya, suami saya kini telah kembali menjadi suami dan bapa yang penyayang. Ternyata dengan keredaan Allah, Minyak Anugerah ini telah memberikan nafas baru terhadap rumahtangga kami. Alhamdulillah…"

Hidayah Hassan, Johor Bharu, 38 tahun

Capai 8A setelah minda lebih mudah menerima pelajaran
“Saya seorang calon PMR 2011 di sebuah sekolah berasrama penuh dan saya akui dulu saya agak malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ini kerana saya selalu kecewa dengan keputusan ujian yang saya perolehi. Seteruk mana pun saya belajar, keputusan saya mesti ‘down’. Pernah dulu saya terasa hendak berhenti sekolah. Saya tahu ibu sangat kecewa dengan prestasi saya jadi saya ambil langkah untuk berterus terang dengan ibu mengenai masalah pembelajaran yang saya hadapi.
Ibu meminta saya mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah untuk kepintaran anak setelah disarankan oleh cikgu tuisyen. Ibu suruh saya sapu minyak ini di bahagian badan dengan berselawat sebanyak tiga kali dan membaca surah Al- Fatihah. Setiap hari saya akan amalkan minyak ini sebelum ke sekolah dan ketika mengulangkaji. Tidak sampai sebulan, saya terasa lebih tenang dan mudah memahami apa yang dipelajari. Saya juga lebih mudah mengingati apa yang dibaca. Semasa di dewan peperiksaaan tahun lepas saya terasa sangat tenang dan tidak langsung rasa berdebar macam dulu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat doa ibu dan juga amalan Minyak Anugerah untuk kepintaran anak, saya telah mendapat keputusan 8A dalam PMR tahun lepas. Saya terlalu gembira sehingga menitiskan air mata apabila melihat ibu sangat-sangat bersyukur. Sekarang ini di tingkatan empat, saya masih menjadikan minyak ini sebagai amalan harian. Keputusan ujian sentiasa baik dan Insya Allah SPM tahun depan mampu saya hadapi dengan baik. Terima kasih Anugerah!”

Mohd Ashiff Bin Razak, 16 tahun, Melaka


“Bila gementar dan fikiran ‘blank’ punca keputusan peperiksaan tercorot…”
Anak saya Azlan sentiasa tekun mengulangkaji untuk hadapi peperiksaan SPM tahun ini namun keputusan peperiksaan beliau memang tidak memuaskan. Azlan ada mengadu pada saya bila dapat sahaja kertas peperiksaan, kepala beliau terus ‘blank’, hati beliau rasa berdebar-debar dan tidak boleh berfikir dengan tenang. Saya terus menyuruh Azlan mencuba Minyak Kasturi Anugerah untuk kecerdasan minda kerana saya dah beberapa kali dengar tentang kejayaan anak-anak orang lain selepas menggunakan minyak ini. Alhamdulillah, setelah sebulan, rasa gentar dan gugup Azlan semakin kurang dan dia dapat berfikir dengan tenang semasa peperiksaan.

Pn Zaiton Salehuddin, Bangi, 44 tahun

Dari Prestasi Kurang Memuaskan, Kini Memperolehi Keputusan Cemerlang…
Anak saya, Afiq berumur 15 tahun, agak lemah dalam banyak mata pelajarannya kerana susah untuk menumpukan perhatian dalam kelas. Kadangkala dia mendapat F atau D dalam beberapa peperiksaannya. Saya agak susah hati terhadap perkembangannya kerana pada masa itu, peperiksaan PMR sudah semakin hampir. 4 bulan sebelum PMR, saya ada terbaca paparan di suratkhabar mengenai Minyak Kasturi Anugerah untuk kecerdasan minda dan saya pun mendapatkan minyak ini melalui rakan pengedar yang berdekatan. Saya akan menyuruh anak saya mencampurkan minyak ini bersama air mandiannya setiap hari.

Alhamdullillah, selepas sebulan anak saya mengamalkan minyak anugerah ini, saya mula nampak perubahan yang agak ketara pada anak saya. Saya dapati anak saya lebih cergas ketika mengulangkaji pelajarannya dan menurutnya, dia dapat menumpukan perhatian tentang apa yang dipelajarinya. Syukur ke hadrat Allah SWT, pada peperiksaan PMR yang lepas, anak saya telah memperoleh 8A. Kami sekeluarga sangat gembira dengan keputusannya. Sekarang, dia juga kelihatan lebih bersemangat untuk belajar dan berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

Pn Azmira, Ipoh, Perak.


“Disuruh cermin muka oleh suami… hati isteri mana yang tak punah!”

Dapatkah anda bayangkan perasaan seorang isteri jika si suami mengelak untuk memandang muka isteri, seolah-olah benci padanya? Itulah ujian Allah yang pernah ditanggung oleh Atilla, 43 tahun dari Selangor.

“Sebelum ini, hubungan kami sesama suami isteri tidak ada cacat cela dan bahagia,” ujar Atilla memulakan perbualan. “Tapi sejak kebelakangan ini, kasih sayang dari suami semakin hilang dan dia seolah-olah benci memandang saya. Asal nampak saja muka saya, dia marah tanpa sebab. Semakin hari semakin meluat dia tengok saya. Padanya muka saya tak berseri, suram dan hodoh. Yang paling saya kecewa sekali apabila dia cakap pada saya supaya cermin muka sendiri,” ujar Atilla dengan linangan air mata.

Tambah Atilla lagi, “Saya agak aktif dalam jualan langsung. Tetapi sejak masalah ini timbul, banyak ‘customer’ saya melarikan diri. Kalau saya jumpa mereka, majoriti daripada mereka mesti menegur muka saya nampak muram dan tidak berseri.”

“Apabila saya mengadu pada kawan tentang masalah ini dan dia surah saya mencuba Minyak Kasturi Anugerah - Menaikkan Seri dan Pemanis. Saya pada mulanya tidak berani kerana menyangka ianya minyak ‘senyonyong’. Tetapi kawan saya menerangkan ianya mengandungi bacaan 30 juzuk Al-Quran dan himpunan doa untuk menaikkan seri wajah supaya orang senang dan sayang dengan kita.”

“Pada mulanya saya hanya mencalitkan minyak tersebut di kening diikuti dengan bacaan selawat. Setelah dua hari memakainya, saya dapat lihat perubahan suami saya. Cara dia pandang saya pun lain, senyum saja bila nampak saya. Itu yang membuatkan saya lebih yakin. Minyak ini juga boleh dibawa mandi, jadi saya campurkan dengan air mandian. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, reaksi suami saya betul-betul berbeza. Dia asyik puji muka saya berseri-seri, ceria dan nampak lawa macam anak dara. Itu yang buat saya ‘syok’ tu!,” ujar Atilla sambil tertawa.

“Dulunya dia malu dilihat bersama saya tetapi kini kami sering keluar dengan rakan-rakannya. Para pelanggan saya pun ramai bertanyakan tentang perubahan diri saya. Kata mereka saya nampak lain sangat dan muka pun lebih berseri. Dulu saya rasa bagaikan diri sangat hodoh dan berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai”

“Selain dari mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya tak lupa beribadat kepada Allah dan memanjatkan kesyukuran padaNya dengan perubahan yang terjadi pada diri saya ini. Layanan suami makin “tip-top”, macam rasa baru bercinta pula. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kepada Allah yang tak pernah putus, hubungan kami suami isteri kembali jernih. Pelanggan saya pun semakin ramai dan perniagaan saya pun kembali laris,” tambah Atilla mengakhiri perbualan.

Atillah Ali, 43 tahun Kajang, Selangor 013 6338417

Alhamdulillah, kepercayaan diri saya semakin meningkat dan perniagaan bertambah maju....

Sejak dulu lagi saya memang kurang kenalan perempuan, apatah lagi kenalan lelaki. Saya pun memang tak pandai nak bergaul dengan orang ramai, disebabkan rasa rendah diri dengan fizikal saya sendiri. Tapi itu semua tak melemahkan semangat saya untuk menjalankan perniagaan saya sendiri.

Saya mula berjinak-jinak dengan jualan secara langsung sejak tahun lalu dan salah satu faktor utama untuk kekalkan perniagaan supaya stabil sudah tentu dengan mempunyai pelanggan yang ramai. Mungkin cara saya untuk berinteraksi dengan pelanggan agak kekok, menyebabkan ramai pelanggan saya susah untuk meletakkan kepercayaan pada diri saya. Jadi saya telah meminta bantuan adik saya untuk menolong saya dalam perniagaan ini. Dia yang berdepan dengan pelanggan, saya hanya kerja di belakang tabir sahaja. Kadang kala rasa sedih kerana tak tahu di mana silap saya hinggakan orang susah nak mendekati saya.

Bulan lepas, makcik saya telah mengesyorkan saya untuk mencuba Minyak Kasturi Anugerah - Menaikkan Seri dan Pemanis yang mendapat liputan surat khabar. Secara jujur, saya agak keberatan untuk menggunakannya tetapi melihatkan perniagaan saya yang makin merudum, saya bertekad untuk menyelamatkannya. Dengan izin Allah, setelah seminggu saya menggunakan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya merasakan perubahan yang amat ketara.

Para pelanggan saya mula menunjukkan minat bila saya bersuara dan bercerita tentang produk yang saya jual dan cara mereka melayan saya pun sungguh lain, semakin mesra. Ada di antara mereka yang menegur tentang air muka saya yang dikatakan makin berseri. Alhamdulillah, perniagaan saya juga semakin laris semenjak saya amalkan Minyak Kasturi Anugerah ini. Tak sangka, dengan secalit minyak dan dengan berkat doa kepada Allah, saya berasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai dan memajukan perniagaan saya. Terima kasih Anugerah!”

Amyza, 32 tahun, Wangsa Maju.
Lumpuh sebelah badan kini berjalan semula.

Anak kecil saya, Adam yang baru berusia 4 tahun yang sihat dan aktif, tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badan. Kejadian ini kini terus sembuh. terjadi selepas anak saya balik dari pasar malam ketika waktu senja. Adam mula mengadu sakit-sakit badan kepada saya dan terus rebah di hadapan saya. Saya dan suami bergegas ke hospital dan menurut doktor, salah satu pembuluh darah Adam telah pecah dan kesannya, separuh badannya menjadi lumpuh.

Sejak itu, pelbagai rawatan dan terapi telah kami cuba untuk memulihkan Adam tapi kesemuanya gagal. Saya tak pernah menyangka Allah menguji kami sebegini. Hancur luluh hati saya melihat anak saya yang sebelum ini sihat dan cergas menjadi kaku dan tidak mampu bergerak seperti kanak-kanak lain. Saya juga pernah berjumpa beberapa orang ustaz untuk membantu mengubati Adam. Tetapi belum sempat pun ustaz masuk ke rumah, anak saya kelihatan sangat takut dan sedaya upaya dia meraung. Menurut ustaz juga, Adam mungkin telah tersampuk oleh makhluk halus ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Baru-baru ini saya terbaca paparan cerita Air Anugerah yang didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa untuk menyembuhkan sihir. Saya terus mendapatkan Air Anugerah ini melalui pengedar yang berdekatan. Saya mula menyapu ke seluruh badan anak saya serta bagi beliau minum setiap hari. Selain itu juga, saya turut menggunakan Minyak Kasturi untuk pembatal sihir. Dengan kuasa Allah S.W.T., dalam masa seminggu sahaja, anak saya mula menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Dia sudah boleh memanggil mak dan boleh menggerakkan anggota badan yang lumpuh secara perlahan-lahan.

Kami sekeluarga amat terkejut dengan perubahan yang sangat cepat ini. Saya berasa amat gembira kerana segala doa-doa saya selama ini telah dikabulkan. Begitulah besarnya kuasa Allah. Syukur Alhamdulillah, kini anak saya kembali sihat dan boleh bergerak seperti biasa. Jutaan terima kasih kepada Anugerah!

Puan Fiza, 35 tahun, Kuantan

Minyak Untuk Kecerdikan Anugerah Bantu Ashraf Raih 10A dalam SPM

“Dulunya anak saya memang seorang yang malas untuk mengulang kaji pelajaran dan gemar membuat persiapan di saat-saat akhir. Hasilnya dia sentiasa memperolehi keputusan yang tercorot di kalangan rakanrakan sekelasnya. Sebagai seorang ibu, saya amat risau tentang masa depan anak saya dan sering memikirkan sesuatu agar dia lebih bersemangat dalam pelajaran untuk menghadapi SPM.”

“Dalam masa tiga bulan sebelum SPM, kawan saya memperkenalkan Minyak Kasturi Anugerah - Untuk Kepintaran Anak dan saya terus menyuruh anak saya, Fitri mencuba minyak ini, Dia menyapukan di kedua-dua belakang telinga dan dadanya. Saya juga mencampurkan minyak ini di dalam bekas mandian anak saya. Alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T, selepas dua minggu anak saya menggunakan minyak ini, dia menceritakan tentang perubahan yang dialaminya. Dia berasa lebih tenang, tidak gugup dan lebih mudah memahami pelajaran.

Dengan berkat doa kepada Allah dan bantuan Minyak Kasturi Anugerah ini, anak saya telah berjaya meraih 10A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terucap kepada Minyak Kasturi Anugerah. Siapa sangka anak saya juga turut mampu mencapai keputusan cemerlang ini dan kini dalam persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Australia.

Adik Ashraf, Johor

Selamat Pengantin Baru... Bertemu Jodoh Akhirnya...


“Minyak Kasturi Anugerah - Menaikkan Seri dan Pemanis mengubah segalanya. Rakan-rakan semakin rapat dengan saya dan dengan takdir Allah juga, berkenalan dengan bakal suami saya kerana katanya, dia terpikat dengan saya apabila pertama kali terpandang wajah saya. Dulu ramai orang cakap saya sombong dan mereka susah nak menghampiri saya. Insya Allah, bulan depan kami akan diijabkabulkan. Saya tak perlu lagi bimbang dengan gelaran ngeri ‘andartu’. Doa ibu saya untuk lihat saya diijabkabulkan akan menjadi kenyataan. Amin..”

Nur Shazerilirma, 29 tahun, Alam Damai, KL 017-255 8551


No comments:

Post a Comment